Bermula 12 Februari 2020, semua kad digital sedia ada dan order baharu akan ada fungsi baru iaitu GIFTS.


Fungsi ini membolehkan tetamu anda untuk menghadiahkan wang tunai sebagai hadiah kahwin. 


Bagaimana ia berfungsi?

- Senang sahaja, tetamu yang dapat kad digital anda akan jumpa butang GIFTS dibahagian footer kad digital. Kemudian bila butang itu diklik, ia akan paparkan screen dibawah:



Dimanakah saya boleh melihat jumlah nilai hadiah?

Semua info jemputan yang memberi hadiah dan jumlah nilai hadiah digital ini boleh lihat di DASHBOARD kad digital anda di aliveinvite.com. Anda perlu login > my dashboard > gifts


Berapa lama sehingga duit yang dimasukkan ada dalam dashboard?

Selepas tetamu memberikan anda wang, anda boleh lihat jumlah terkumpul dalam masa 1-2 hari.


Boleh ke saya keluarkan wang tersebut?

Boleh. Melalui CASHBACK


CASH BACK - ialah anda menukar nilai Ang Pau Digital anda kepada wang tunai. CASH BACK boleh dilakukan 10 hari selepas tarikh perkahwinan di kad digital anda. Bayaran terus ke akaun anda akan di buat 48 jam selepas anda membuat CASH BACK request. 100% CASHBACK! Semua nilai duit akan dimasukkan dalam akaun anda.


Berapa lama proses transfer wang (cash back) akan berlaku?

Pihak aliveinvite.com akan memproses wang anda dalam masa 10hari selepas anda redeem secara CASH BACK


Semua kad digital hadir dengan fungsi Gifts?

Semua kad digital hadir dengan fungsi ini. Anda harus melanggan fungsi Premium GIFTS ini untuk menikmati fungsi ini. 


Berapa harga langganan fungsi Premium Gifts?

Untuk aktifkan Premium Gifts, harga pengenalan bulan April 2020 ialah RM50 sahaja . (Normal price RM90)


NOTA! Sila hubungi Helpdesk kami untuk aktifkan fungsi Premium GIFTS dengan harga RM50.

Klik link ini: https://linktr.ee/aliveinvite dan Whatsapp mana-mana Helpdesk kami


Cara aktifkan fungsi Premium GIFTS

Untuk aktifkan, anda boleh terus klik ENABLE GIFTS di ruangan Edit Kad Digital anda. 


1. Pergi ke aliveinvite.com > Login > Klik My Dashboard > Edit 



2. Selepas keluar popup message ini, anda hanya perlu klik UPGRADE TO PREMIUM CARD


3. Pilih jenis bank anda dan klik PAY. Ia akan terus bawa anda ke page bank masing-masing. 

  Sebagai contoh, anda pilih CIMBClicks > klik PAY > Dia akan terus bawa ke login CIMBClicks

4. Selepas berjaya bayar RM50, anda akan terus nikmati kad digital dengan fungsi Premium GIFTS. Kini, semua jumlah duit yang disumbangkan ke kad digital anda ialah 100% CASHBACK


Bila fungsi ini akan "hilang" atau deactivate?

GIFTS ini akan deactivate secara automatik 2 hari selepas tarikh perkahwinan anda. Tiada sumbangan Gifts boleh dilakukan melalui kad digital anda selepas itu.